Hari ini saya tak ada resipi baru nak dipaparkan. Tak tau resipi apa yang hendak ditulis dalam laman blog ni. Rasa boring juga. Idea nak menulis ada tapi tak tau apa nak tulis.
Untuk hari ni saya nak tulis lain dari resipi masakan. Hari ni mengenai penyakit darah tinggi. Tips mencegah darah tinggi. Kalau sesiapa yang dah sediada penyakit darah tinggi tu memang lagi baik ikut tips saya ni. Ini tips dari orang tua-tua dulu.
Mudah dah murah. Cepat dan Senang dan menyenangkan..
Ambil sekeping GAMBIR*. Rendamkan dalam 1 mug air masak panas sehingga larut.
Selepas larut, tapiskan air larutan tadi kedalam bekas lain. Biarkan
sehingga menjadi suam. Masukan air tapisan tadi kedalam botol. Gunakan
botol minuman air mineral 1 litre yang biasa kita beli. Tambahkan air
masak mati (masak sejuk) sehingga penuh satu botol.
Gunakanlah air ini untuk minuman sebarang waktu. Sebaik baiknya selepas makan.
Darah tinggi yang dihidapi akan cepat turun. Biasanya jika minum berterusan
selama 1 minggu pun sudah menampakan hasilnya.
Cubalah tips murah ini. Pada sesiapa yang ada darah tinggi dan mencuba tips
saya ini dan mendapati penyakit darah tingginya menurun atau kurang, tolong
bagi tau saya dan kawan kawan yang lain ya..
*GAMBIR : sejenis produk berupa campuran herba yang biasa digunakan oleh wanita
tua dan wanita kaum India yang suka makan sirih.
Boleh dibeli dengan mudah dikedai runcit terutamanya kedai runcit
orang India.
Untuk tips ini gunakan satu keping gambir untuk 1 liter air masak.
1 keping gambir biasanya sebesar duit siling 50 sen dan harga untuk
2 keping hanya 50 sen.
Sesiapa yang suka minum panas, gunakan gambir sebesar 1/2 duit siling
5 sen untuk satu mug dan diminum panas panas.
Jangan gunakan lebih dari 1/2 duit shiling 5 sen untuk 1 mug. Takut
nanti anda tak tahan panas badan..AWAS!
Badleeshah
http://adsense4affiliate.blogspot.com
12 September 2008
Tips Mencegah dan Mengurangkan Penyakit Darah Tinggi
09 September 2008
Blackpepper Beef Malaysian Style

INGREDIENTS:
500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...
BAHAN TUMIS (MAYANG / HIRISKAN):
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar
BAHAN HIASAN:
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang (potong 1 inci)
1 biji tomato (belah 6)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Methods:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.
ENJOY!
Badleeshah
http://adsense4affiliate.blogspot.com















