Welcome To My Hot and Spicy Blog

Most of the recipes I introduced in this blog of Delicious Asian are adapted from cookbooks from various Asian countries and some are family recipes and from friends as well. And to mention less, some I created my own.

I will try to list some sources as much as possible. Some of them will be from Malaysian and Asian cookbooks
most probably not available in the US and Western countries.

As a source of inspiration, a recipe is just a start and do feel free to cook it, you can change it as to your taste.

Some of the recipes I wrote in Bahasa Melayu just incase my close friends and family would like to share.

I want to share your thoughts and ideas about cookings with me. Please share them. I Really Love Cookings.

15 July 2009

Ayam Stew, Kepalan Tepung dan Udang Cocktail

Jika anda berpeluang makan bersama keluarga serentak, anda bolehlah hidangkan Ayam Stew dan Udang Cocktail sebagai pengubah selera makan anda sekeluarga. Adakalanya kita tidak berpeluang saat menjamu selera bersama kerana mungkin bekerja dan waktu kerja yang berlainan, maka jika ada peluang makan bersama dengan keluarga, alangkah baiknya anda mencuba resipi yang baru sebagai hidangan. Anda boleh mencuba 3 resipi ini. Ketiga-tiga resipi ini mudah dan ringkas untuk disediakan dan sungguh enak dimakan:



Resepi #1: Ayam Stew
---------
Bahan

8 bahagian ayam yang banyak daging
2 biji bawang besar, potong dadu kecil-kecil
3 batang lobak merah, buang kulit dan potong sebesar 1cm
2 sudu besar mentega (atau margerine)
2 sudu besar tepung gandum
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Air kira-kira 4 cawan

Cara

Serapkan ketulan daging ayam dengan menggaul 1 sudu makan garam dan
sedikit serbuk lada hitam. Selaputkan ayam dengan tepung.
Panaskan mentega dan goreng ayam sehingga kekuningan.
Pindahkan ayam kedalam periuk yang bertutup.
Tumiskan bawang, boleh tambah sedikit mentega dalam tumisan.
Setelah lembut masukkan lobak merah. Masukkan tumisan kedalam
periuk berisi ayam tadi. Tuangkan 2 cawan air dan masak dengan api kecil
hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi kuning dan sederhana pekat.
Hidangkan waktu masih panas bersama-sama Udang Cocktail.

Resepi #2: Kepalan Tepung
--------------
Bahan

1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
3 sudumakan mentega
1/4 sudumakan garam
3/4 cawan susu cair campur 1 sudumakan air limau nipis

Cara

Campurkan garam bersama tepung. Ramaskan mentega dengan tepung
supaya berbiji-biji seperti serbuk roti. Sedikit demi sedikit
tuangkan susu hingga tepung jadi mudah diadun. Jangan di uli.
Bahagikan tepung kepada 10 bahagian dan kepalkan setiap satu
menjadi kepalan bulat.
Masukkan kepalan-kepalan tepung ini kedalam masakan Ayam Stew
yang sudah siap dimasak diatas tadi. Tutup periuk dan masak semula
kepalan tepung dan Ayam Stew selama 15 minit hingga kepalan tepung ini
timbul terapung menandakan kepalan tepung sudah masak.
Siap untuk dihidangkan.


Resepi #3: Udang Cocktail
--------------

Bahan

600 gm udang sederhana besar, bersihkan dan kukus dengan sedikit
garam dan serbuk lada hitam.
3 sudumakan mayonnaise
2 sudumakan tomato sos
2 sudumakan cili sos

Cara

Gaulkan mayonnaise, tomato sos dan cili sos. Masukkan kedalam bekas
berisi udang yang sudah dikukus dan gaulkan hingga rata. Tambah garam
secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

Hidangkan sewaktu masih panas bersama Ayam Stew!
Enjoy!


Google

eBooks, Software and Downloads

all wordsany wordexact phrase
Changing LINKS